Kamis, 23 April 2009

Abu Nawas

Abu Nawas

Abu Nawas adalah seorang sufi yang cerdik dan mempunyai pemikiran yang luas, ia memiliki karakter jenaka dan menjadi bahan ketawa orang ramai pada masa itu. Karena kecerdasannya ia sangat disanjungi dan disayangi oleh Khalifah Harun Al-Rashid.

Pada suatu pagi hari Abu Nawas pergi ke pasar untuk berjumpa kawan-kawannya. Keadaan pasar pada saat itu sibuk , sangat ramai dan banyak orang yang sedang membeli buah. Setelah tiba di pasar Abu Nawas berkata "Hai kawan-kawanku, aku sangat benci kepada yang hak dan sangat cinta kepada fitnah" dan beliau berkata lagi "Aku sesungguhnya pada hari ini sangat kaya malah lebih kaya daripada Allah". Orang ramai yang mendengar ucapan Abu Nawas itu mulai rasa curiga dan menuduh Abu Nawas sudah tidak siuman lagi karana semua orang sangat mencintai kepada perkara yang hak dan membenci kepada fitnah dan sesungguhnya Allah maha kaya dari sekelian makhlukNya.

Orang ramai yang berada di pasar menangkap Abu Nawas dan membawanya ke hadapan Khalifah Harun Al-Rashid. Orang ramai memberi tahu Khalifah Harun Al-Rashid tentang ucapan Abu Nawas di pasar tadi, Khalifah sangat marah dengan kata-kata Abu Nawas. namun karena sang Khalifah terkenal adilnya , beginda tidak terus menghukum Abu Nawas sebelum ada kebenaran yang pasti tentang ucapan Abu Nawas. Khalifah bertanya kepada Abu Nawas "Benarkah kamu mengatakan bahawa kamu sangat membenci kepada yang hak (sesuatu yang benar) dan mencintai kepada fitnah?". "Benar wahai Amirul Mukminin" jawab Abu Nawas. Khalifah bertanya lagi "benarkah kamu mengatakan bahawa kamu lebih kaya daripada Allah?". Jawab Abu Nawas "Benar wahai Amirul Mukminin".

Khalifah Harun Al-Rashid sangat marah kepada Abu Nawas kerana sepengetahuannya Abu Nawas adalah orang yang alim dan selalu bertakwa kepada Allah. Khalifah berkata "Apakah yang telah terjadi kepada kamu sehingga kamu berani mengatakan seperti itu?. kafirkah kamu kerana mengucapkan kata-kata tersebut?". Abu Nawas tersenyum dan berkata "Sabarlah wahai Amirul Mukminin, dengarlah dahulu penjelasan hamba" "Apa lagi yang akan kamu jelaskan , bukankah kata-kata kamu sudah jelas dan nyata" jawab Khalifah. "Begini wahai Amirul Mukminin" jawab Abu Nawas dan menyambungnya lagi "Aku sering mendengar orang membaca talkin bahawa mati itu adalah hak dan neraka adalah hak, bukankah mati dan neraka sangat dibenci oleh orang ramai" "Saya rasa Amirul Mukminin juga membenci akan mati dan neraka , sama seperti saya membencinya" kata Abu Nawas. Khalifah Harun Al-Rashid mengangguk-anggukkan kepalanya menandakan kebenaran kata-kata Abu Nawas.

"Bagaimana pula dengan kata-kata mu bahwa kamu sangat mencintai kepada fitnah" kata Khalifah. Jawab Abu Nawas "Anak dan Harta boleh membawa kepada fitnah, tidak ada seorang pun yang membenci akan anak dan harta. Khalifah sendiri sangat mencintai anak dan suka mengumpulkan harta". Khalifah sekali lagi menganggukkan kepalanya sebagai menandakan kebenaran kata-kata Abu Nawas.

Khalifah Harun Al-Rahid bertanya lagi "Terangkan kepada ku bagimana kamu mengatakan bahawa kamu lebih kaya daripada Allah". Abu Nawas menjawab dengan tenang "Saya mempunyai banyak anak sedangkan Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan". Orang ramai yang berada disitu berasa lega dan berpuas hati atas penjelasan Abu Nawas. Mereka pun akhirnya bubar dari pasar untuk meneruskan aktiviti masing-masing.

Khalifah Harun Al-Rashid memberikah hadiah kepada Abu Nawas atas kecerdasannya dan berkata kepada Abu Nawas "Apakah sebenarnya yang menyebabkan kamu mengucapkan kata-kata tersebut di khalayak ramai". Abu Nawas menjawab bahwa dia ingin berjumpa dengan Amirul Mukminin, hanya dengan cara itu dia dapat berjumpa dengan Amirul Mukmin.

Setelah bertukar pikiran dan berbincang bincang dengan Khalifah Harun Al-Rashid, Abu Nawas akhirnya memohon diri dan pulang ke rumah

Tidak ada komentar: